Friday, 15 June 2012

Tiramisu






Bahan-bahan
o   Biskut Marie (kalau nak sedap beli biskut marie Tiger) 16 keping atau lebih.

o   20g gula halus            }
o   100ml air suam panas }   bancuh dan ketepikan
o   4 SK nescafe              }
Cream
o   1 kotak kecil whipping cream (boleh lebihkan utk lebih ringan)
o   1 ketul cream cheese Philadelphia
o   1/2 cawan gula halus
            * campurkan semua pukul hingga kembang dan gebu.
Bahan tambahan
o   Serbuk koko dan milo
Cara-cara
1.     Celupkan biskut marie dalam bancuhan nescafe, susun dalam bekas.
2.     Masukkan bancuhan cream dan ratakan.
3.     Ayakkan serbuk koko+milo di atas cream.
4.     Ulang langkah 1,2 dan 3 sampai biskut habis.
5.     Lapisan atas adalah cream.
6.     Sejukkan dalam peti Ais.
7.     Boleh ayakkan serbuk koko di atas tiramisu selepas disejukkan.