Sunday, 18 March 2012

revolusi kesihatan terkini



REVOLUSI KESIHATAN TERKINI
4Life melangkah ke hadapan
Apabila david Lisonbee terjumpa satu rujukan terpencil berhubung paten transfer factor, beliau tahu yang beliau menemui
sesuatu yang luar biasa. Akan tetapi, pada masa itu beliau tidak dapat membayangkan bagaimana Transfer Factor akan mengubah bidang sains imun.

David telah membuat kajian mengenai sistem imun dalam usahanya untuk mencari cara yang dapat menyokong kesihatan diri dan keluarga beliau dengan lebih baik lagi. Apabila David menemui paten untuk mengekstrak Transfer Factor dari kolostrum lembu, beliau menyedari bahawa molekul-molekul kecil ini berpotensi untuk membawa satu revolusi di dalam industri suplemen semulajadi. Beliau memperkenalkan kepada dunia menerusi produk pertama 4Life: 4Life Transfer Factor Classic.
Bagi kebanyakan syarikat, tindakan membawa transfer factor berkapsul kepasaran mungkin satu inovasi yang sudah mencukupi, tetapi lain halnya di 4Life. Kami baru sahaja memulakan legasi penyelidikan dan penemuan.
Setahun kemudian, kami telah menggabungkan transfer factor dengan lain-lain pembina imun yang berpotensi bagi produk 4Life transfer factor Plus kami yang pertama.
Kemudian, David Lisonbee telah membuat hipotesis bahawa transfer factor juga terdapat di dalam kuning telur ayam dan menggalakkan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan 4Life untuk melakukan penyelidikan. Ternyata hipotesis beliau benar. Pada tahun 2002, kami mempatenkan pengekstrakan transfer factor dari kuning telur ayam (Paten Amerika Syarikat #6,468,534). Dengan paten kuning telur ayam, 4Life mula memperkenalkan produk Targeted Transfer factor. Bersesuaian dengan namanya, produk-produk ini memfokus kepada kuasa 4Life Transfer factor dalam memberi manfaat kepada sistem tubuh badan yang tertentu. Sama ada untuk menyokong sistem kardiovaskular, sistem metabolik dan endokrin, kesihatan reproduktif lelaki atau wanita, atau pun otak, 4Life mempunyai satu produk untuk anda.
Kami terus mengorak langkah. Pada tahun 2004, 4Life melancarkan beberapa produk yang mengandungi Transfer Factor E-XF, satu formulasi yang menggabungkan transfer factor dari sumber kolostrum lembu dan kuning telur ayam bagi mempertingkatkan keberkesanannya. Dan pada tahun 2005, 4Life mendapat satu lagi paten eksklusif yang mengandungi keunikan proses pengekstrakan yang digunakan untuk menggabungkan transfer factor dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam (Paten Amerika Syarikat #6,866,868). Bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi? Kami juga telah menstabilkan transfer factor didalam cecair untuk satu lagi inovasi luar biasa, 4Life transfer factor Riovida. Ia merupakan jus minuman yang mengandungi buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksida (antaranya acai, buah delima dan beri biru) dan sokongan 4Life transfer factor.
Apabila anda menjadi rakan kongsi 4Life, anda mendapat sokongan eksklusif paten-paten Amerika Syarikat. Setiap hari, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kami yang terdiri daripada saintis dan lembaga profesional kesihatan yang bertauliah mencari kaedah-kaedah inovatif bagi menyokong kesihatan tubuh menerusi sistem imun. Malah, apabila ia berkaitan dengan sains Transferceuticals molekul-molekul yang memindahkan pengetahuan imun, memori dan kebijaksanaan daripada satu sumber kepada sumber yang lain - 4Life ialah pencipta kategori bona fide.

No comments:

Post a Comment