Thursday, 26 April 2012

D'sya n D'yan


Rinduuu Dsya n Dyan... esok petang mummy g ambik k... kita balik rumah kita.

Monday, 16 April 2012

Kek Red Velvet lagi....

Yeaaa.... RVC lagi.. kali ni buat atas tempahan makcik sebelah umah sempena birthday party cucu dia... Dik ida ni dia resepinya..Untuk kek yang besar nak lapis-lapis doublekan resepinya....


RESEPI RED VELVET CAKE
(Loyang 20cm)

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung kek (tepung naik sendiri) 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120 gram butter (saya guna salted butter x payah guna garam)
  • 180 gram gula (boleh lebihkan sikit kalau nak balance rasa masam n manis - sukatan asal 300g)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 240ml buttermilk (jika tiada refer cara buat buttermilk substitute di bawah)
  • 2 sudu besar pewarna merah (1 atau 1 1/2 sudu besar sudah cukup)
  • 1 sudu kecil cuka (saya guna cuka apple)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Ayak tepung kek, garam dan serbuk koko bersama. Ketepikan.
  2. Alas dasar loyang dengan cooking sheet dan sapu keliling dinding loyang dengan marjerin.
  3. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius.
  4. Di dalam mangkuk pengadun pukul butter sehinga lembut selama 1-2 minit.
  5. Masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit.
  6. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga gebu.
  7. Di dalam bekas buttermilk masukkan pewarna merah dan kacau rata.
  8. Perlahan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Di mulai dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga. (Tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). 
  9. Di dalam bekas kecil satukan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan berbuih dan tuang segera ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  11. Cucuk dengan cake tester atau lidi sate pada kek untuk mengetahui kek masak atau tidak. Jika lidi keluar bersih maknanya kek sudah masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas jaring.   








 RESEPI BUTTERMILK SUBSTITUTE

Bahan-bahan:

·        1 sudu besar cuka atau jus lemon atau cream of tar tar (saya guna cuka)
·        200ml susu (saya guna fresh milk)

Cara-cara:
1.      Masukkan cuka ke dalam bekas.
2.      Tuang susu segar dan kacau rata.
3.      Biarkan selama 10 - 15 minit sehingga susu menjadi agak pekat. 
4.      Kemudian boleh digunakan mengikut sukatan resepi.

NOTE : untuk buttermilk dalam RVC  masukkan 1 sudu besar cuka ke dalam cawan penyukat dan masukkan susu sehingga aras 240ml. Kacau dan biarkan seperti dalam resepi di atas.


RESEPI CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:
  • 1 ketul cream cheese
  • 1/2 ketul unsalted butter
  • 110 gram icing sugar or powdered sugar (sesedap rasa)
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara:
  1. Putar unsalted butter sehingga lembut.
  2. Tambah cream cheese putar sehingga gebu.
  3. Masukkan esen vanila dan gula. Putar lagi sehingga gebu lagi.
  4. Boleh digunakan untuk hias kek. Jika terlalu pekat campurkan sedikit susu dan putar.
 


Saturday, 14 April 2012

Nikmat yang diberikan kepada kita haruslah kita syukuri....



Firman Allah S.W.T (Terjemahan):
            Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu dari apa yang terbit dari perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang hendak meminumnya. 
 ( surah Al-Nahl 16:66)

Ayat ini menjelaskan bahawa tidak sekadar susu sahaja yang disediakan oleh binatang untuk manusia, malah daging dan berbagai-bagai kegunaan kepada manusia... Dan manusia mesti memikirkan perkara itu...

Maka bila kita fikirkan Allah itu maha pemurah lagi maha pengasihani.... Nikmat yang diberikan kepada kita haruslah kita syukuri....

“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ”

surah Ar-Rahman.



Untuk lebih info boleh hubungi:

Mimi Azrin 019 3199 302 / 013 345 6535 

Mengapa Lembu???



Mengapa lembu dipilih sebagai sumber Transfer Factor?
  
Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Transfer Factor tidak terhad untuk jenis spesies yang mengeluarkannya, ini bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya dari spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna Transfer Factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun.

Cuba kita renung dan fahami terjemahan di bawah ini...

Firman Allah S.W.T (Terjemahan):
            Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya) kami beri kamu minum daripada susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga beroleh rezeki penghidupan kamu.
                                                                                                                               (surah Al-Mu'minun 23:21)

Untuk lebih info sila hubungi:
Mimi Azrin 019 3199 302 / 013 345 6535

Transfer Factor


Menguatkan SISTEM IMUN adalah PENCEGAHAN penyakit, 
Memperbaiki SISTEM IMUN adalah PERAWATAN penyakit.



DI SINI SAYA TERANGKAN SIKIT LEBIH KURANG BERKENAAN TRANSFER FACTOR.

1) TRANSFER FACTOR ADALAH MOLEKUL PENGETAHUAN TENTANG PENYAKIT PENYAKIT.

2) TRANSFER FACTOR TIDAK MENGUBATI PENYAKIT TETAPI MENDORONG SISTEM PERTAHANAN (natural killer) BADAN KITA MELAWAN PENYAKIT DENGAN MEMBERI IMUN SISTEM KITA ILMU DAN GAMBARAN TENTANG PENYAKIT.

3)TRANSFER FACTOR BUKAN PRODUK YANG MEMPERKUATKAN TETAPI MEMBIJAKKAN IMUN SISTEM KITA DALAM MELAWAN PENYAKIT.

4) PRODUK TRANSFER FACTOR ADALAH PRODUCT YANG MEMPUNYAI HAK MILIK(PATENTED) OLEH SYARIKAT 4LIFE RESEARCH.



Untuk lebih info boleh hubungi:

Mimi Azrin 019 3199 302 / 013 345 6535









Jom kenali Transfer Factor



TRANSFER FACTOR Penjana Sistem Imun Terunggul.
Transfer Factor adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal) dan juga kuning telur
Ia bertindak sebagai pemberi maklumat atau 'pendidik' kepada sistem imun tubuh badan.
Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum.
Tranfer Factor (TF) adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga di dalam kolostrum.

Untuk lebih info boleh hubungi:
Mimi Azrin : 019 3199 302 / 013 345 6535